background

TIUP HABUK

 Hi, 

Setelah sekian lama, sangat berhabuk dah blog ni, dan kini aku baru terbuka hati untuk membiarkan jari ini menari kembali diatas papan kekunci ini, (adakah aku terlalu baku disini, biarkan! ini bukti cinta aku pada bahasa ibunda aku, acehhwah) 

Pelbagai cerita yang mungkin aku bakal kongsi kan disini yang mana aku jadikan sebagai diari aku yang boleh aku rujuk kembali di masa hadapan kelak agar aku ingat kembali bagaiman diri aku saat ini. Kalau lah aku tahu kehidupan aku akan berubah saat ini sepenuhnya, sungguh aku takkan menukarkan atau memadam sebarang kenangan yang telah aku pahat kan di blog ini satu tika dulu. Kerna saat itu aku berdiri menjadi seorang Hidayah yang sangat bersemnagat dan kuat. 

Tapi biar lah ini akan jadi pedoman satu hari nanti untuk aku dan juga sahabat aku atau keturunan aku. 

Sungguh, aku berasa bangga dengan diri aku saat ini kerana aku telah memberanikan diri bagi meluahkan dengan cara yang lebih positif. Syukur ke hadrat Illahi, kerana aku menemukan insan-insan yang banyak membantu aku dalam mencari kembali semangat yang telah hilang sekian lama. 

Maka, bermula saat ini akan ku kongsikan beberapa pandangan aku tentang perjalanan hidup aku atau boleh aku kongsikan sedikit sebanyak tempat yang menarik yang pernah aku pergi :) 💗

No comments:

Post a Comment