background

Kegagalan membawa Kebangkitan

 Assalamualaikum wbt,

Ini akan menjadikan posting pertama yang aku isikan dengan pengalaman aku kepada blog yang sekian lama aku jadikan sebgai satu tempat meluah dan berkongsi ketika dahulu. 

Untuk mereka yang mengenali aku, aku dikenali sebagai seorang wanita yang sangat berdikari dan berusaha dalam mencapai matlamat yang aku impikan. Aku bukan lah seorang yang meluahkan apa yang aku inginkan, tapi aku akan mencoretkan dikertas atau mana mana. Untuk mengatakan diri aku ini sebagai seorang yang mempunyai visi dan misi, tidak lah begitu sekali. Namun aku seorang yang menyusun strategi kehidupan aku. Tak dilupakan, kejayaan aku semasa sekolah rendah dengan mecapai 5A UPSR mencelikkan mata ramai insan, dan saat itu akan menjadi tonggak utama dalam keluarga dari segi pelajaran. Aku dimasukkan ke sekolah berasrama penuh pada 2011 sehingga 2015. 

Disini bermula pelbagai jerih perih kehidupan yang aku rasa namun aku banyak pendamkan. Aku meninggalkan keluargaku dan sahabat aku yang lain disekolah rendah yang mana aku berjuang bersama-sama. Melalaui fasa baru dengan orang yang baru, bukan mudah. Tapi aku berjaya. 

Aku tidak terlalu ramai kawan, dan salah satu kesilapan aku ialah, aku tidak berjuang dalam mengenali rakan-rakan aku sendiri. (aku senang attached but aku tak boleh stick bila vibes tak sama) Tapi alhamdulillah, banyak yang aku kenal ikhlas dalam mengenal diri aku. Tapi sejujurya aku tak merasakan tenang sepanjang disekolah tersebut kerana sikap bias dari pelbagai pelusuk manusia. Begitu juga dengan tradisi senioriti yang sangat aku tak boleh terima. Tekanan demi tekanan, aku tak boleh belajar dan tak fokus. Aku selalu rasa penat dan malas tahap ya ampun :(( Tapi aku ada kawan-kawan yang membimbing (Anis and Ecah) mereka banyak membantu aku, dan aku masih ingat masa PMR aku buat pecutan terakhir dengan diorang dan Alhamdulillah aku berjaya meraih keputusan cemeralang 8A PMR. 

Namun mengecewakan, setelah berjuang meraih keputusan agar aku tergolong dalam kalangan orang yang ingin belajar tapi pada tahun seterusnya, aku dimasukkan kekelas paling hujung. Matlamat pihak pengurusan saat itu untuk mengimbangkan pelajar di setiap kelas untuk yg tidak minat belajar menjdai minat, (kiranya kami ni sebagai pendorong) tapi banyak bias saat ni, kami dikelas hujung dilayan seperti pelajar yang tidak ingin belajar dan dididik oleh kebanyakkan nya cikgu yang menjaga bahagian displin. Kami juga disisihkan dari kemudahan dan peluang yang ada. Dan salah pada diri aku juga ialah aku tak kuat jati diri saat tu. Bila aku tengok org tidur aku pon tidur, hahah. Betul kiasan orang dulu, "kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat tempias minyak wangi, dan jika kita berkawan dengan si pengutip sampah maka baunya pon akan terpalit' tapi disini aku tak menyalahkkan mana mana pihak. Sebagai tak kisah sama ada aku berkawan dengan penjual minyak wangi atau pengutip sampah, kalau aku pergi mandi tetap aku akan menjadi bau aku yang tersendiri. Faham kan? 

Maka, dengan itu keputusan SPM aku sangat lah mengecewakan, masa tu juga aku kehilangan ramai kawan, Aku belajar apa tu tikam belakang and ayat 'dakdak skunk' FAKE! ye aku di makan dan diratah oleh kawan kawan yang aku percaya sendiri, dan sampai ke hari ini, aku tak tahu apa salah dan kurang aku. Tapi mungkin ada satu perkara yang ada diri aku mereka tak suka, kalau tak manakkan pokok bergoyang kalau angin tak tiup. (kecuali si hantu yang goyangkan). 

Dan masa ini lah, detik detik hitam aku. Aku tak kenal diri aku, menyendiri dan tak ingin bergaul. Sampai lah aku masuk Diploma di PPD. Aku berusaha melupakan kisah silam aku yang mana aku pun tak ingat banyak benda dah :( hahah nice tho. Hari pertama je aku jejak aku nak letakkan diri aku sebagai seorang Hidayah yang baru. 





TIUP HABUK

 Hi, 

Setelah sekian lama, sangat berhabuk dah blog ni, dan kini aku baru terbuka hati untuk membiarkan jari ini menari kembali diatas papan kekunci ini, (adakah aku terlalu baku disini, biarkan! ini bukti cinta aku pada bahasa ibunda aku, acehhwah) 

Pelbagai cerita yang mungkin aku bakal kongsi kan disini yang mana aku jadikan sebagai diari aku yang boleh aku rujuk kembali di masa hadapan kelak agar aku ingat kembali bagaiman diri aku saat ini. Kalau lah aku tahu kehidupan aku akan berubah saat ini sepenuhnya, sungguh aku takkan menukarkan atau memadam sebarang kenangan yang telah aku pahat kan di blog ini satu tika dulu. Kerna saat itu aku berdiri menjadi seorang Hidayah yang sangat bersemnagat dan kuat. 

Tapi biar lah ini akan jadi pedoman satu hari nanti untuk aku dan juga sahabat aku atau keturunan aku. 

Sungguh, aku berasa bangga dengan diri aku saat ini kerana aku telah memberanikan diri bagi meluahkan dengan cara yang lebih positif. Syukur ke hadrat Illahi, kerana aku menemukan insan-insan yang banyak membantu aku dalam mencari kembali semangat yang telah hilang sekian lama. 

Maka, bermula saat ini akan ku kongsikan beberapa pandangan aku tentang perjalanan hidup aku atau boleh aku kongsikan sedikit sebanyak tempat yang menarik yang pernah aku pergi :) 💗

Tuturiol lagu :)

Hai /:
Nieyh , aku nak bagi tau kat hangpaa laa macam mana nak wat lagu .
Korang nak tak wat lagu macam yang aku punya ni ? just boleh tukar warna dan lagu yang korang nak .
Ramai dok tanyaa kan ? hah , aku pon amik dekat orang gak :)
Senang jaa ^^
pi kat url ni ::>

KLIK SINI :)
Kalau tak boleh bagi tahu aku :) aku boleh tolong ajarkan balik ^^ tapi aku tak rasa lah akan ada problem , sebab kakak tu ajar memang lengkap :'')

Okayy :) Siapp ^^